.....SELAMAT DATANG....
Ahad, 30 September 2012
Khamis, 27 September 2012
SINOPSIS
Kemajuan dalam bidang automotif di
Malaysia kini adalah semakin pesat. Sementara keperluan terhadap R&D dalam
bidang perlumbaan kereta menjadi lebih penting pada masa kini. Pelbagai
pertandingan telah dijalankan oleh “Shell Eco Marathon” untuk menguji
ketahanan, keselamatan dan kekuatan sesebuah kenderaan yang dibina. Oleh itu,
dalam proses pembangunan rekacipta sesebuah kenderaan perlulah menggunakan
teknologi berdasarkan R&D supaya
tercetusnya daya saing dalam bidang automotif. Konsep yang diketengahkan ini
merangkumi dua konsep iaitu konsep prototaip dan konsep urban. Kenderaan yang
direkacipta perlulah mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian bagi menghasilkan
sebuah kenderaan yang dinamik, efisen dan juga berkemampuan. Tujuan utama dalam
proses pembangunan reka bentuk ini berkonsepkan mesra alam serta menjimatkan
tenaga bahan api. Kenderaan yang diciptakan ini dapat menjimatkan penggunakan
minyak di samping mengawal pencemaran udara daripada tercemar. Disamping itu
juga, tujuan pembangunan kenderaan ini adalah satu inisiatif baru untuk menghasilkan
kenderaan yang bermutu tinggi. Teknologi yang digunakan ini sedikit sebanyak
dapat membantu dalam proses pengeluaran kenderaan tempatan yang berteknologi.
PENGENALAN
Era globalisasi kini penggunaan
teknologi dalam bidang automotif adalah semakin meningkat. Pelbagai kaedah
digunakan untuk menghasilkan kenderaan yang mesra alam serta dapat menjimatkan
penggunaan tenaga bahan api. Disamping itu juga, penggunaan kelengkapan bagi sesebuah
kenderaan turut memainkan peranan yang penting supaya kenderaan dapat di pandu
laju tanpa menggunakan bebanan yang berat. Kenderaan yang berkonsepkan mesra
alam dapat mengambil alih kenderaan konvensional yang menggunakan kuasa enjin
tunggal. Oleh itu, pertandingan “Shell Eco Marathon” diperkenalkan untuk menilai sejauhmana kreativiti pelajar-pelajar. Tujuan utama pertandingan kenderaan bermotor dijalankan untuk
menunjukkan keselamatan serta ketahanan bagi sesebuah kenderaan yang dipandu
dijalan raya bukan dinilai melalui kepantasannya.
Kenderaan
yang akan diciptakan ini mempunyai dua konsep iaitu konsep prototaip dan Konsep
Urban. Perbezaan yang terdapat di antara ke dua-dua konsep yang ingin
ditengahkan ini ialah dari segi rekabentuknya, komponen dan dimensi. Oleh itu,
konsep yang digunakan dalam proses pembangunan rekacipta kenderaan ini ialah
menggunakan konsep "Urban". Hal ini kerana konsep Urban yang akan digunakan ini
mempunyai reka bentuk yang lebih stabil kerana mempunyai empat tayar berbanding
konsep prototaip yang hanya mempunyai tiga tayar. Disamping itu juga, konsep
yang diketengahkan ini dapat menghasilkan sebuah kenderaan yang mampu bergerak
sejauh mungkin tanpa menggunakan tenaga yang banyak.
Kenderaan
yang akan direka cipta ini merupakan kenderaan yang tidak menggunakan bahan cemar dan mempunyai reka bentuk yang lebih dinamik dan berbentuk urban. Konsep yang
digunakan ini bertujuan supaya kenderaan yang dicipta adalah selamat, ringan,
luas dan dinamik. Pelbagai kenderaan
telah dicipta untuk memberikan kemudahan kepada penggunanya. Oleh itu kenderaan
yang dihasilkan ini dapat menjimatkan bahan api, mengurangkan kos sara hidup dan
memberi kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar. Kenderaan yang dihasilkan
ini dapat mengetenggahkan idea serta teknologi baru untuk membangunkan sebuah
kenderaan yang berinovatif serta kreatif dari segi mesra alam atau teknologi
hijau dan dapat menjimatkan tenaga bahan api.
Rabu, 26 September 2012
Isnin, 17 September 2012
KOD KURSUS: REKACIPTA SPL 4403
Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus Asas Rekacipta yang lebih menekankan dari aspek pembangunan dan peningkatan nilai kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah, kerja berkumpulan di kalangan pelajar-pelajar. Fokus utama ialah melihat lebih teliti dan komprehensif pada rekacipta terutamanya pada nilai ergonomic dan estetika setiap lakaran serta rekaan luaran. Selain itu, rekaan juga haruslah menepati selera pasaran.
Kumpulan yang dibentuk pada setiap satunya akan menerusi langkah pertama mereka cipta iaitu brain storming idea berdasarkan kepada tema yang diberikan. Seterusnya, proses menyiapkan kertas cadangan termasuklah lukisan ilustrasi, lukisan isometrik, laporan dan juga slide pembentangan. Projek yang terpilih pada setiap kumpulan akan dibangunkan dan direalisasikan dengan melibatkan penggunaan pelbagai bengkel di antaranya ialah bengkel fabrikasi logam, bengkel elektronik, bengkel kayu, Studio AutoCAD dan lain-lain.
Secara tidak langsungnya juga subjek ini memberi pendedahan kepada setiap pelajar mengenai nilai dan etika berkenaan harta intelek. Proses pembangunan projek juga akan melibatkan penyediaan pelan pemasaran, kos dan bajet. Pada akhir kursus ini, pelajar akan membuat pembentangan dan juga demonstrasi dihadapan beberapa penilai untuk penilaian terakhir.
Langgan:
Catatan (Atom)