KOD KURSUS: REKACIPTA SPL 4403
Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus Asas Rekacipta yang lebih menekankan dari aspek pembangunan dan peningkatan nilai kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah, kerja berkumpulan di kalangan pelajar-pelajar. Fokus utama ialah melihat lebih teliti dan komprehensif pada rekacipta terutamanya pada nilai ergonomic dan estetika setiap lakaran serta rekaan luaran. Selain itu, rekaan juga haruslah menepati selera pasaran.
Kumpulan yang dibentuk pada setiap satunya akan menerusi langkah pertama mereka cipta iaitu brain storming idea berdasarkan kepada tema yang diberikan. Seterusnya, proses menyiapkan kertas cadangan termasuklah lukisan ilustrasi, lukisan isometrik, laporan dan juga slide pembentangan. Projek yang terpilih pada setiap kumpulan akan dibangunkan dan direalisasikan dengan melibatkan penggunaan pelbagai bengkel di antaranya ialah bengkel fabrikasi logam, bengkel elektronik, bengkel kayu, Studio AutoCAD dan lain-lain.
Secara tidak langsungnya juga subjek ini memberi pendedahan kepada setiap pelajar mengenai nilai dan etika berkenaan harta intelek. Proses pembangunan projek juga akan melibatkan penyediaan pelan pemasaran, kos dan bajet. Pada akhir kursus ini, pelajar akan membuat pembentangan dan juga demonstrasi dihadapan beberapa penilai untuk penilaian terakhir.