PENGENALAN
Era globalisasi kini penggunaan
teknologi dalam bidang automotif adalah semakin meningkat. Pelbagai kaedah
digunakan untuk menghasilkan kenderaan yang mesra alam serta dapat menjimatkan
penggunaan tenaga bahan api. Disamping itu juga, penggunaan kelengkapan bagi sesebuah
kenderaan turut memainkan peranan yang penting supaya kenderaan dapat di pandu
laju tanpa menggunakan bebanan yang berat. Kenderaan yang berkonsepkan mesra
alam dapat mengambil alih kenderaan konvensional yang menggunakan kuasa enjin
tunggal. Oleh itu, pertandingan “Shell Eco Marathon” diperkenalkan untuk menilai sejauhmana kreativiti pelajar-pelajar. Tujuan utama pertandingan kenderaan bermotor dijalankan untuk
menunjukkan keselamatan serta ketahanan bagi sesebuah kenderaan yang dipandu
dijalan raya bukan dinilai melalui kepantasannya.
Kenderaan
yang akan diciptakan ini mempunyai dua konsep iaitu konsep prototaip dan Konsep
Urban. Perbezaan yang terdapat di antara ke dua-dua konsep yang ingin
ditengahkan ini ialah dari segi rekabentuknya, komponen dan dimensi. Oleh itu,
konsep yang digunakan dalam proses pembangunan rekacipta kenderaan ini ialah
menggunakan konsep "Urban". Hal ini kerana konsep Urban yang akan digunakan ini
mempunyai reka bentuk yang lebih stabil kerana mempunyai empat tayar berbanding
konsep prototaip yang hanya mempunyai tiga tayar. Disamping itu juga, konsep
yang diketengahkan ini dapat menghasilkan sebuah kenderaan yang mampu bergerak
sejauh mungkin tanpa menggunakan tenaga yang banyak.
Kenderaan
yang akan direka cipta ini merupakan kenderaan yang tidak menggunakan bahan cemar dan mempunyai reka bentuk yang lebih dinamik dan berbentuk urban. Konsep yang
digunakan ini bertujuan supaya kenderaan yang dicipta adalah selamat, ringan,
luas dan dinamik. Pelbagai kenderaan
telah dicipta untuk memberikan kemudahan kepada penggunanya. Oleh itu kenderaan
yang dihasilkan ini dapat menjimatkan bahan api, mengurangkan kos sara hidup dan
memberi kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar. Kenderaan yang dihasilkan
ini dapat mengetenggahkan idea serta teknologi baru untuk membangunkan sebuah
kenderaan yang berinovatif serta kreatif dari segi mesra alam atau teknologi
hijau dan dapat menjimatkan tenaga bahan api.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan